Random Video

Perdagangan | Hubungan Malaysia-Jepun, perkukuh kerjasama perdagangan

2022-12-30 0 Dailymotion

Malaysia dan Jepun menegaskan komitmen untuk mengukuhkan lagi perdagangan dua hala, pelaburan serta hubungan perniagaan untuk manfaat kedua-dua negara.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataan menjelaskan, komitmen itu dinyatakan selepas Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima kunjungan rakan sejawatnya, Nishimura Yasutoshi serta delegasi pada Rabu.